Akta Anti Lompat Parti perlu dibentangkan segera oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi mengekalkan kestabilan kerajaan negeri sehingga akhir penggal.
Penganalisis Kajian Pilihan Raya dan Geopolitik Borneo Universiti Malaysia Sabah, Dr Syahruddin Awang Ahmad turut berpendapat, ia juga mampu membawa imej baharu yang lebih segar kepada kerajaan negeri yang akan dilihat lebih berkredibiliti.