Inspektor polis mengaku tak salah rogol remaja bawah umur

Sinar Harian 2023-01-05

Views 18

Inspektor polis mengaku tak salah rogol remaja bawah umur

BERITA SEMASA 5 JANUARI 2023

Seorang inspektor polis mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah iaitu merogol dan melakukan amang seksual terhadap remaja bawah umur, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Tertuduh, Mohd Maliki Azmi yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan dituduh melakukan perbuatan itu terhadap remaja berusia 16 tahun yang juga dilaporkan mangsa rogol.

Dalam kejadian itu, tertuduh merupakan pegawai penyiasat yang melakukan siasatan kes rogol remaja berkenaan.

Mengikut pertuduhan, perbuatan itu dilakukan di Bilik Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Yan jam lebih kurang 6.30 petang 28 Disember lalu.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3Qiw94G

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form