BERITA SEMASA 5 JANUARI 2023
Kerajaan Negeri Sembilan akan mewajibkan pemakaian pelitup muka terutamanya di kawasan tertutup sekiranya kes Covid-19 di negeri itu merekodkan peningkatan mendadak, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun ketika ini keadaan kes Covid-19 di Negeri Sembilan masih terkawal.
Selasa lalu, Melaka turut merancang untuk melaksanakan semula undang-undang pemakaian pelitup muka sekiranya berlaku kenaikan kes Covid-19 di negeri tersebut.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian