Pelayan restoran maut, bungkusan atas kereta meletup

Sinar Harian 2022-12-30

Views 11.7K



BULETIN TIKTOK 30 DISEMBER 2022

Semalam kecoh seorang tukang masak maut akibat letupan dari sebuah bungkusan yang diletak di atas kereta seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, Kuala Luampur.

Mangsa dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan tersebut selepas dimaklumkan rakan sekerjanya mengenai bungkusan berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata bungkusan dalam plastik itu dipercayai meletup secara tiba-tiba sebaik saja mangsa memegangnya.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3Q0OkvE

Muzik: Ren Raiten dari Artlist.co

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form