[TERKINI] Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak insurans, takaful kediaman

AWANI 2022-12-27

Views 0

Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan insurans atau takaful bagi kediaman mereka; dan 74 peratus pemilik rumah tidak mendapatkan perlindungan insurans bagi impak kerosakan banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad Shamsul Azman berkata hasil kaji selidik dijalankan Zurich Malaysia pada September tahun lepas turut mendapati 43 peratus pemilik kediaman tidak tahu isi kandungan rumah iaitu barangan di dalam rumah tidak semestinya dilindungi insurans atau takaful.

Share This Video


Download

  
Report form