Bekalan air di kawasan terjejas berikutan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, sudah pulih sepenuhnya.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan pagi ini, memaklumkan status pemulihan bekalan air di lima wilayah pengurusannya yang terjejas, sudah pulih 100 peratus jam 12 tengah malam tadi.