Tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus mempunyai struktur jelas daripada peringkat atasan.
Dekan Malaysian Graduate School Of Entrepreneurship And Business (MGSEB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi berkata, pembentukan GLC seharusnya mempunyai perwakilan kerajaan dan bukan perwakilan politik yang berkelayakan berdasarkan fokus entiti GLC terbabit.