Banjir Di Kelantan | JBPM hantar 21 tan makanan kepada Orang Asli

AWANI 2022-12-25

Views 0

Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar 21 tan bekalan makanan di enam buah pos penempatan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan yang terputus hubungan akibat musim tengkujuh.

Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan,Terengganu, Roslina Bun berkata, semua bekalan makanan itu dihantar melalui helikopter MI-17-IV berikutan jalan darat ke kawasan itu tidak boleh dilalui disebabkan kejadian tanah runtuh dan jambatan runtuh sejak seminggu lalu.

Share This Video


Download

  
Report form