Jumlah keseluruhan mangsa banjir dan tanah runtuh di Sarawak menurun secara drastik kepada 141 daripada 1,345 orang setakat jam 3 petang pada Ahad.
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Rimba Padi dan Dewan Kampung Koran Mawang, masing-masing di bahagian Serian.