Jumlah mangsa banjir dan air pasang di Sabah terus meningkat kepada 829 berbanding 674 mangsa setakat jam 4 petang Sabtu.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, ia melibatkan 194 keluarga dari tiga kawasan terjejas iaitu Pitas, Kota Belud dan Kota Kinabalu.