Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penubuhan sebuah jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan kos sara hidup, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri telah diarahkan oleh Perdana Menteri untuk mempengerusikan jawatankuasa tersebut, bagi memastikan usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat dapat dilakukan secara berterusan.