Pendigitalan perniagaan hari ini tidak hanya diguna pakai bagi perusahaan berasaskan makanan, pakaian dan teknologi.
Sektor kesihatan juga tidak melepaskan peluang menjadikan platform itu sebagai ruang perkongsian fakta selain menawarkan perkhidmatan.
HSO Optometris, sebuah pusat kesihatan penjagaan mata memanfaatkan media sosial dengan visi memulihkan penglihatan 100,000 individu di Melaka.