'Hilang tiga permata sekali gus' - Bapa mangsa renjatan elektrik
BERITA SEMASA 20 DISEMBER 2022
"Kami hilang tiga 'permata' sekali gus," demikian luahan Mohd Nadzir Mohamed, bapa kepada tiga beradik yang menjadi mangsa renjatan elektrik di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.
Mohd Nadzir tanpa berselindung mendedahkan dia dan isteri, Zainun Sulaiman, terpaksa melawan perasaan sedih apabila masih lagi terngiang-ngiang suara tiga beradik itu yang selah-olah bertanyakan perihal sarapan pagi sepertimana yang dilakukan setiap pagi.
Ujar Mohd Nadzir, ketiga-tiga mangsa iaitu Nurul Syazwani Mohd Nadzir, Sakinah, serta Noor Fathiah, merupakan anak perempuan yang mereka ada daripada lapan beradik, manakala lima lagi kesemua lelaki.
Artikel: https://bit.ly/3YESGw8
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian