Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata blok pembangkang perlu menerima hakikat dan memberi ruang kepada beliau untuk memikul tugas sebagai Perdana Menteri tanpa sebarang gangguan termasuk mempertikaikan keabsahan.
Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, ia susulan daripada pendirian pembangkang bahawa undi percaya mengenai keabsahan tidak perlu dikemukakan di Dewan Rakyat.