Dakwa terima RM15 juta, Anwar fail saman terhadap Muhyiddin

Sinar Harian 2022-12-20

Views 1.6K

Dakwa terima RM15 juta, Anwar fail saman terhadap Muhyiddin

BERITA SEMASA 20 DISEMBER 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan yang mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan itu menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Saman fitnah difailkan oleh peguam cara SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak perdana menteri itu menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan daripada Tan Sri Muhyiddin, yang dinamakan sebagai defendan.

Saman dikeluarkan selepas mendengar kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang dibuat pada 5 Disember lepas dalam kempen calon PN Datuk Azman Nasrudin di Taman Selasih, Kulim, Kedah menjelang pilihan raya Parlimen Padang Serai.

Artikel: https://bit.ly/3FIB1em

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form