Sebanyak 239 cerun sangat berisiko tinggi dikenal pasti di Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air, dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata 211 cerun lagi dikategorikan sebagai berisiko tinggi, 642 sederhana, 777 berisiko rendah dan 1562 berisiko sangat rendah.