Kerajaan Persekutuan diharap dapat meluluskan permohonan untuk mewujudkan kembali jawatankuasa khas kewarganegaraan dibawah Perkara 15 (A) Perlembagaan Persekutuan untuk Sarawak.
Menteri Pembangunan Wanita Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pihaknya sedia bertemu Kementerian Dalam Negeri bagi merealisasikan hasrat berkenaan.