Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak mahu Sarawak terus dikenali sebagai The Hidden Gem dan mahu bergerak lebih agresif dalam persaingan ekonomi serta sumber tenaga di rantau Asia.
Tegasnya, Sarawak mahu muncul sebagai jenama penting dalam kerjasama serantau antara negara-negara asean terutama dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui.