Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini mengumumkan senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan pimpinannya.
Beliau berkata, senarai itu telah dimuktamadkan selepas mengadakan perbincangan dengan kesemua ketua-ketua parti yang terlibat, dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara awal hari ini.