Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keyakinannya melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Sim berkata beliau berikrar untuk terus berganding bahu bersama dengan Menteri Kewangan melaksanakan tadbir urus kewangan yang cekap, memulihkan ekonomi negara dan meningkatkan kebajikan rakyat.