Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat tiga ahlinya iaitu seorang Ketua Bahagian dan dua Ketua Wanita Bahagian.
Tanpa mendedahkan nama atau kawasan tiga ahli berkenaan, antara punca utama mereka dipecat ialah kerana mencemuh parti dan juga berkempen untuk parti lain ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).