Sebanyak 23 kertas siasatan berkaitan aktiviti penyeludupan hidupan liar dibuka Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sepanjang tahun ini.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Ribuan Abdullah berkata, kesemua kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 itu melibatkan nilai rampasan hampir RM73.4 juta.