PRU15: Proses undi DUN Tioman bermula
BERITA SEMASA 7 DISEMBER 2022
Proses pengundian bagi PRU15 di SK Pontian, Rompin, Pahang bagi DUN Tioman bermula secara rasmi pada 8 pagi ini.
Bagi DUN Tioman, 17 pusat mengundi dibuka membabitkan 52 saluran bermula 8 pagi hingga 6 petang.
Malah, untuk piliharaya kali ini, DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang Bebas tetapi PH sudah menyatakan menarik diri sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional, laporan wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmu'Min Nik Min.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3JOv01i
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #pru15 #malaysiaberintegriti