Periuk Nasi Selatan | Johor rekod peningkatan 30 peratus

AWANI 2022-12-06

Views 0

Johor merekodkan peningkatan kira-kira 30 peratus terhadap pengeluaran hasil sawah padi bagi musim pertama tahun ini, berbanding musim pertama tahun lalu.

Ia membabitkan peningkatan daripada 4,746 tan hasil beras antara tahun 2020 hingga 2021, kepada 6,225 tan pada 2021 hingga 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, kejayaan itu adalah disebabkan faktor komitmen petani dalam pengurusan sawah yang lebih teratur dan sistematik.

Terdapat 10 sawah utama di Johor yang berkeluasan 2,254.39 hektar secara keseluruhan dan diusahakan kira-kira 875 pesawah diseluruh negeri.

Share This Video


Download

  
Report form