Lebih 2,000 penduduk dipindahkan selepas gunung berapi Semeru di Lumajang, Jawa Timur meletus pada Ahad dengan kepulan abu panas meluap sehingga 1,500 meter.
Sekurang-kurangnya enam kampung di daerah Lumanjang dan Malang terjejas kerana insiden letusan gunung berapi Semeru itu.
11 pusat pelindungan sementara turut dibuka untuk menempatkan penduduk terjejas.