Kerajaan negeri Kelantan bersiap siaga dengan menyediakan lori tangki dan tangki statik air bersih kepada mangsa banjir yang terputus bekalan air.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor berkata urusan penyediaan air bersih melalui Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) itu tertumpu di kawasan penempatan yang terkesan akibat bencana itu.