Seorang bekas pembantu guru muzik didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid perempuan berusia sembilan tahun.
Tertuduh, Mohd Anuar Wahab bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.