Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 bersidang selama dua hari bermula hari ini dengan kehadiran Raja-Raja Melayu di Istana Negara serta ketua-ketua menteri, menteri besar dan Perdana Menteri yang dijangka akan membincangkan mengenai soal pentadbiran negara dan institusi agama Islam.