Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-260 dijadual bersidang di Istana Negara selama dua hari, bermula esok.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dijangka mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Sebelum itu, pra-mesyuarat yang dipengerusikan Tuanku Muhriz turut berlangsung di Istana Negara hari ini.