Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan di beberapa tempat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah selama tiga hari bermula hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan ribut petir dijangka berlaku petang ini di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung, Sarawak dan Sabah (pedalaman, pantai barat dan Sandakan).