Desakan menuntut Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan terus disuarakan daripada pemimpin UMNO.
Menurut Ketua Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa, pemimpin dan ahli UMNO akar umbi telah menurut segala kehendak Ahmad Zahid sehingga saat akhir.
Kini jelasnya, Ahli Parlimen Bagan Datuk Itu Perlu mengikut tradisi serta mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan terburuk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum dengan meletak jawatanya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN.