Pasca PRU15 | Tun M antara 369 calon Parlimen hilang wang deposit

AWANI 2022-11-20

Views 1

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi antara 369 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang bertanding di Langkawi atas tiket Pejuang gagal mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal kedua apabila hanya memperoleh 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Share This Video


Download

  
Report form