Tiga organisasi iaitu Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Rasuah Busters menyediakan lapan bas bagi rakyat Malaysia pulang mengundi di saat akhir.
Program Tampung Tumpang Balik Mengundi ini menyediakan khidmat bas ke 32 lokasi berlainan di seluruh Semenanjung, menyasarkan individu yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket pengangkutan awam dan golongan yang kurang berkemampuan.