Kawasan pantai Kelantan dan Terengganu serta utara dan tengah Sarawak dijangka dilanda ribut petir bermula esok hingga Sabtu.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian ini berpunca daripada penumpuan angin yang boleh menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.