Projek tebatan banjir bernilai RM60 juta melibatkan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan, membina tembok dan rumah pam di kawasan sekitar bandar raya Shah Alam, akan bermula bulan depan.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata projek itu kini sedang dalam peringkat proses penganugerahan tender.