Insiden letupan paip gas yang berlaku di jajaran Long Ugui ke Long Sukang di Lawas, Sarawak dipercayai berpunca daripada kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak ketiga berdekatan kawasan izin lalu (right-of-way) Saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kumpulan Komunikasi Strategik PETRONAS pada Rabu, kerja-kerja tersebut tidak mempunyai kaitan dengan operasi saluran paip milik syarikat itu.