Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada dasarnya bersetuju agar Timor-Leste (Less Tay) menjadi anggota ke-11 kumpulan itu.
Pemimpin asean yang kini berhimpun di Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 dalam satu kenyataan berkata, Timor-Leste juga akan diberi status pemerhati bagi mengambil bahagian dalam semua mesyuarat ASEAN termasuk sesi pleno.