Susulan hujan lebat dan ribut petir, beberapa kawasan, kebanyakannya di Pantai Barat semenanjung Malaysia berisiko dilanda banjir kilat bermula hari ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di enam negeri, berkuat kuasa dalam tempoh 12 jam dari masa notis dikeluarkan, iaitu jam 5 petang Khamis.