MB Selangor isytihar cuti umum sehari sebelum mengundi

KiniTV 2022-11-09

Views 266

Kerajaan Negeri Selangor hari ini bersetuju untuk memberi cuti umum sehari sebelum hari pengundian PRU15 iaitu pada 18 Nov ini, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Amirudin berkata pemberian cuti itu berikutan Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di negara ini iaitu 3,677,848 orang.

Selain itu katanya, sejumlah besar warga Malaysia juga bekerja dan bermastautin di negeri ini tetapi mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.

Sumber video: https://www.facebook.com/amirudinbinshari/videos/679344543625510

Share This Video


Download

  
Report form