Tiada bukti menunjukkan calon Pakatan Harapan untuk Sungai Buloh, R Ramanan terbabit dalam kes penipuan RM5.5 juta seperti didakwa, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Disoal mengenai perkara itu oleh seorang pelajar universiti pada sesi dialog di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi PH itu berkata dia tidak teragak-agak untuk menarik balik pencalonan Ramanan jika ada pihak yang mempunyai bukti dan fakta kukuh mengenai isu itu.
Sumber: https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/videos/1919494791775806