Rakyat boleh menuntut lebih daripada satu menifesto gabungan atau parti politik sekiranya kerajaan campuran terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Menurut Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, perkara itu tidak mustahil memandangkan PRU15 menyaksikan 'peperangan' demokrasi paling sengit dalam sejarah negara yang memungkinkan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.