PRU15: Calon Gombak ikrar tolak rasuah

Sinar Harian 2022-11-09

Views 2.9K

BERITA SEMASA 9 NOVEMBER 2022

Dua calon Parlimen Gombak berikrar tidak akan terlibat dengan rasuah dan akan memberikan perkhidmatan terbaik jika diberi mandat sebagai wakil rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Calon Parti Pejuang, Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir berjanji akan mengembalikan suasana kehidupan rakyat berpandukan ajaran Nabi Muhammad SAW yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis.

Sementara itu, calon Bebas, Ir Zulkifli Ahmad berjanji akan berkhidmat dan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membawa pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form