Perikatan Nasional (PN) yakin akan menang semua kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin , keyakinan itu bersandarkan kepada analisis dan data yang diperoleh daripada suara akar umbi selain momentum yang digerakkan PN ketika ini.