Kemenangan Parti Warisan di Semenanjung bukan ditentukan oleh DAP, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sebaliknya, beliau berkata biar rakyat yang membuat keputusan berapa banyak kerusi yang akan dimenangi oleh parti tersebut.
Beliau mengulas kenyataan veteran politik DAP, Lim Kit Siang yang berharap nasib Warisan tidak seburuk seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas memutuskan untuk bertanding di 26 kerusi Parlimen di Semenanjung.