PRU15 | Keanggotaan Shahidan, Zahidi, Ismail Abd Muttalib digugurkan

AWANI 2022-11-05

Views 0

Keanggotaan ahli UMNO yang menjadi calon, pencadang dan penyokong kepada parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tergugur secara automatik mengikut fasal 20.11 Perlembagaan UMNO, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau memaklumkan, berdasarkan fasal tersebut, UMNO akan memantau secara berterusan sekiranya terdapat mana-mana ahli yang terlibat dengan aktiviti menyokong parti lawan sepanjang kempen PRU15 berlangsung, selain berdepan tindakan pemecatan keahlian serta-merta. #MalaysiaMemilih

Share This Video


Download

  
Report form