Calon Barisan Nasional, BN Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berikrar untuk merampas semula kerusi berkenaan tanpa menggunakan populariti bapanya untuk menarik pengundi.
Sebaliknya, anak sulung kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang juga bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, gerak kerja yang dilakukan di kawasan itu akan menjadi pertimbangan pengundi.