Secara umumnya anak angkat adalah anak yang bukan terhasil dari nasab keturunan seseorang itu sendiri.
Dari sudut anak tersebut secara nasabnya adalah anak kepada orang lain namun diambil sebagai anak angkat kerana beberapa sebab tertentu seperti contoh pasangan yang sudah lama berkahwin namun tidak direzekikan anak.
Disebabkan anak angkat tiada hubungan darah daging, adakah seorang bapa angkat dibenarkan berkahwin dengan anak angkatnya?