Tak timbul isu protes calon DAP Parlimen Jerai: Anthony Loke
BERITA SEMASA 1 NOVEMBER 2022
Tidak timbul isu protes membabitkan calon Pakatan Harapan Parlimen Jerai memandangkan pemilihan dibuat berdasarkan rundingan dan diputuskan Majlis Presiden PH, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Itu penjelasan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung dakwaan mengatakan calon parti itu, Zulhazmi Shariff bagi kerusi Parlimen Jerai tidak dipersetujui Amanah.
Jelasnya, tiada tindakan protes seperti yang didakwa malah semasa pengisytiharan calon PH Kedah di Bandar Laguna Merbok, Kedah pada Sabtu juga, berjalan lancar.
Artikel: https://bit.ly/3UdyrCV
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15