44 buah bot dan 11 buah lori disediakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan untuk membawa pengundi sekiranya berlaku banjir pada hari pengundian.
Menurut Pengarahnya, Zainal Madasin, aset berkenaan akan disediakan di kawasan berisiko dinaiki air membabitkan Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang dan Kuala Krai.