Sekurang-kurangnya 40 orang terkorban dan ramai lagi hilang selepas hujan lebat semalaman membanjiri beberapa bandar di wilayah Maguindanao di selatan Filipina.
Berdasarkan laporan awal, Ketua Pejabat Pengurangan Risiko dan Pengurusan Bencana Wilayah Maguindanao, Nasrullah Imam berkata, 13 mati akibat lemas atau tanah runtuh.